Total Pageviews

Wednesday 10 September 2014

Udang Tepung Gemuk

Ini sesaja je aku nih... mcm tak de kerja pulak dah... saja nak joinkan gambar udang tepung montel ni kat dalam ni... 
Udang tepung montel.... 
Dish ni aku order masa makan kat restoran nusantara minggu lepas. Udang tepung kat situ sedap dan aku suka, kena dengan citarasa aku pulak. Sebenarnya dah lama tak gi makan kat situ. Rasa macam harganya agak mahal sikit. Sementara aku dah jumpa tempat yang lagi rendah harganya juga selesa dengan rasanya, sekalipun tempat nya hanya biasa-biasa. 

Tapi kali ni selepas beberapa bulan tidak menyinggah, harga yang aku perasan agak rendah sikit dari sebelum ini. Ya aku agak perasan tentang ini pada menu-menu yang aku order.
Sampai-sampai je order aku ni ke meja, terkejut pulak dengan kemontelan tepung udang ni. Seingat aku harganya dulu ialah rm6++...tu yang aku kata mahal sikit tempat nih... tapi malam ini menjadi rm5 sahaja dengan 7 ekor udang padanya... agak bagus. 
Apakah yang menyebabkan harga dia turun ah???

Lagi menu tetap bila aku ke sini....
Menu baru dia... 'mee celup" tapi aku selalu pilih 'kway tiaw celup'
Minta teh o halia kat tempat lain sebelum ni, dia orang buatkan yang serbuk. Tapi kat sini yang bestnya dia letak halia fresh, ermm... terasa kesegarannya... cuma yang kurang best sikit bila gelas teh tu dia pakai gelas kecil... :-( tak pa lain kali aku kena request gelas besar masa order tu... :-)

No comments:

Post a Comment