Total Pageviews

Monday 9 September 2013

Sate Ikan

Antara makanan-makanan jajaan di Wilayah Kelantan..... Sate ikan yang agak menarik dan sedap kecapannya bersama samada kuah manis atau pedas. Dijaja dengan motor atau beca. :-) beca yang masyarakat lama Kelantan menyebutnya sebagai 'teksi', agak kelakar bila orang luar mendengarnya. 
Sate ikan dengan sos pedas, tiada beza warna pun dengan sos manis. Malah jika pedas pun bukanlah bererti sampai pedas berapi macam cili padi tu. Dulu dijual dengan harga yang teramat murah. Awal tahun 2000 pun masih ada yang berharga 10 sen secucuk. Lepas tu makin naik jadi 8 cucuk untuk seringgit, pastu ada yang jadi 7 cucuk untuk seringgit. Masa balik kampung minggu lepas, aku ada membelinya di dua tempat. Dekat pasar Wakaf Bharu dengan harga seringgit untuk 6 cucuk, manakala ketika ke Pantai Irama, Bachok dah jadi berbeza harga dengan hanya 5 cucuk untuk untuk seringgit. Harga dah jadi tinggi sikit. Agaknya kerana Pantai lebih menjadi tempat tumpuan atau kunjungan ramai. Maka peniaga pun turut mengambil peluang. Itulah lumrah orang berniaga.

Sate ikan dan sate sosej......
Bila kita mengordernya, barulah sate ikan itu mula dibakar dengan menggunakan arang. Rasanya iras-iras rasa keropok lekor tetapi isinya lagi lembut. Kekadang ketika mengunyah, masih ada terasa-rasa tulang yang tidak hancur ketika dimesin. Itulah salah satu makanan tradisional masyarakat yang tak lapuk ditelan zaman.

No comments:

Post a Comment